Staf Yang Prihatin

feature02

Menginaplah di Smile Boutique Hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hotel ini telah dibuka pada 1hb Oktober, 2010, dan terletak di dalam kawasan Chow Kit, suatu lokasi yang praktikal dan tidak membebankan perbelanjaan anda.

Hotel lima tingkat ini bercirikan kontemporari dengan binaan dari batu marmar, besi bersadur krom dan kaca. Nikmatilah kemudahan-kemudahan moden di hotel yang terletak tidak jauh dari banyak daya tarikan kota Kuala Lumpur (sila lihat peta). Hanya lebih kurang 10 minit dengan kereta, teksi, keretapi LRT atau Monorail, tempat-tempat tersebut termasuklah pusat membeli-belah, panggung wayang, restaurant-restaurant yang ternama, muzium, galeri seni, ibupejabat korporat dan gedung pakaian yang terkenal, iaitu GM Plaza. Untuk pelancong kesihatan dan kesejahteraan diri, Smile Boutique Hotel terletak hampir dengan hospital-hospital utama seperti Hospital besar Kuaa Lumpur dan juga klinik-klinik kesihatan yang ternama.

Pasar Chow Kit sendiri adalah sangat unik dan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Dinamakan sempena nama kawasan lokasinya, pasar ini adalah ‘pasar basah’ yang terbesar di Kuala Lumpur di mana ramai orang menjual pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan rempah-ratus, termasuklah daging haiwan ternakan dan makanan laut. Di sekitar pasar Chow Kit juga ada kedai-kedai menjual makanan yang unik, pakaian, alat-alat elektrik dan sebagainya.

Tempah bilik Smile Boutique Hotel secara langsung melalui laman ini untuk mendapatkan harga yang terbaik..

Pos ini juga terdapat dalam bahasa: Inggeris