Lokasi Yang Ideal

Hotel ini terletak di dalam kawasan Chow Kit, suatu lokasi yang praktikal dan tidak membebankan perbelanjaan anda. Ianya adalah sebuah hotel yang hampir dengan setiap pengangkutan awam kota Kuala Lumpur, untuk anda menuju ke banyak tempat-tempat yang menarik di sekitarnya. Anda hanya lebih kurang 10 minit dengan kereta, teksi, keretapi LRT atau Monorail, dari tempat-tempat tersebut termasuklah pusat membeli-belah, panggung wayang, restaurant-restaurant yang ternama, muzium, galeri seni, ibupejabat korporat dan gedung pakaian yang terkenal, iaitu GM Plaza. Untuk pelancong kesihatan dan kesejahteraan diri, Smile Boutique Hotel terletak hampir dengan hospital-hospital utama seperti Hospital besar Kuaa Lumpur dan juga klinik-klinik kesihatan yang ternama. Pasar Chow Kit sendiri adalah sangat unik dan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Dinamakan sempena nama kawasan lokasinya, pasar ini adalah ‘pasar basah’ yang terbesar di Kuala Lumpur di mana ramai orang menjual pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan rempah-ratus, termasuklah daging haiwan ternakan dan makanan laut. Di sekitar pasar Chow Kit juga ada kedai-kedai menjual makanan yang unik, pakaian, alat-alat elektrik dan sebagainya.
Pos ini juga terdapat dalam bahasa: Inggeris