Kata-kata Akuan

Para tetamu kami datang dari segenap pelusuk negara dan juga dari serata dunia. Kami sentiasa memastikan yang setiap tetamu kami dilayan, dari waktu tempahan hinggalah ke waktu check-in. Dalam usaha kami untuk terus-menerus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka, kami menyedari akan pentingnya untuk sentiasa mendengar dan menerima setiap komen dan cadangan. Kami akan gunakan setiap komen dan cadangan tersebut untuk sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan kami untuk para tetamu. Dengan terpaparnya pengakuan-pengakuan para tetamu kami, anda sebagai tetamu hotel boleh membayangkan sistem tempahan kami seperti yang telah dialami oleh para tetamu kami yang sebelum ini telah membuat tempahan bilik mereka secara melalui Internet. Kata-kata akuan seperti itu adalah sangat bernilai kerana ianya telah ditulis oleh oleh orang-orang yang telah menginap di hotel-hotel kami. Oleh itu, silalah luangkan sedikit masa anda untuk membaca apa yang para tetamu kami sebelum ini katakan. Jika anda sendiri pernah menggunakan perkhidmatan on-line kami untuk menempah bilik di hotel kami, jasa baik anda untuk memberikan pendapat anda sangatlah dihargai. Kami bersukacita untuk memaparkannya di laman web Smile Boutique Hotel!
Pos ini juga terdapat dalam bahasa: Inggeris

Tinggalkan Komen