Siapa Kami

Smile Boutique Hotel adalah hotel kami yang kedua diantara tiga di dalam perancangan kami, dan dengan pengalaman kami di dalam industry perhotelan, kami ingin terus mengekalkan wawasan dan misi kami untuk menjadikan hotel ini sebagai yang terbaik di dalam kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur.

Tumpuan utama kami ialah untuk menjadikan hotel ini unik dan berbeza dari hotel-hotel yang lain di kawasan Chow Kit, serta memberikan penginapan yang selesa kepada para tetamu kami, sama ada untuk tujuan perniagaan atau pelancongan. Keseluruhan staf kami telah menghabiskan banyak masa dan berusaha keras untuk memastikan yang kami boleh memberikan lebih dari apa yang diperlukan oleh pasaran di masa kini. Staf-staf kami sentiasa bersedia pada setiap masa untuk memenuhi keperluan para tetamu, termasuklah menawarkan maklumat terkini yang berguna untuk tetamu yang melawat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Dengan persekitaran yang ramah dan mesra, berserta kemudahan hotel bertaraf 3-bintang di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Smile Boutique Hotel adalah penginapan yang ideal dan berkadar harga yang berpatutan untuk pelancong dan pengunjung di dalam kawasan Kuala Lumpur. Kami akan terus berusaha untuk menyediakan bilik-bilik penginapan bertaraf 3-bintang kepada para tetamu dan kami juga akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kami, demi kenikmatan para tetamu kami.

Tempah bilik Smile Boutique Hotel secara langsung melalui laman ini untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Pos ini juga terdapat dalam bahasa: Inggeris